Label

Rabu, 06 Januari 2010

Pembinaan kilang petrokimia dibantah


Kira-kira 1,000 penduduk dan 600 nelayan dari 11 buah kampung di Serkat, Pontian dekat sini merayu kerajaan negeri agar campur tangan menangani isu projek pembinaan sebuah kilang petrokimia Tanjung Bin di Serkat, Pontian dekat sini.

Pengerusi jawatankuasa bantahan pembinaan itu, Fuad Isahak mendakwa, projek di tapak seluas 912 hektar berkenaan wajar dihentikan atau dipindahkan ke kawasan lain yang lebih sesuai.

"Ini kerana projek yang sudah bermula sejak Jun lalu itu mencemari alam sekitar dan menjejaskan pendapatan golongan nelayan di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, Fuad bersama ahli jawatankuasanya menyerahkan memorandum bagi membantah projek tersebut kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di pejabatnya di sini semalam.

Memorandum berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada salah seorang pegawai pejabat berkenaan.

Beliau berkata, habitat hutan paya bakau, hidupan marin dan plankton makanan ikan didapati kian musnah hingga menjejaskan mata pencarian golongan nelayan.

"Setakat hari ini, pokok bakau sudah mula ditebang sejak Jun lalu dan hasil tangkapan seperti ketam semakin berkurangan," kata seorang nelayan.

Menurutnya, beliau difahamkan projek tersebut membabitkan pembinaan kilang mengeluarkan baja, racun serangga dan bahan kimia industri berat.

Justeru, tegasnya, projek berkenaan wajar dihentikan secepat mungkin atau dipindahkan ke kawasan lain bagi menjamin kelangsungan hidupan flora dan fauna kawasan itu.

sumber: http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=4584690

Tidak ada komentar:

Posting Komentar